Sunday, 17 November 2013

thanks allah :)

Assalamualaikum to all my readers thanks for lend your eyes while read my blog.

Alhamdullillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya aku dapat sambung diploma pengurusan maklumat di uitm segamat johor. memang tidak dinafikan bila dapat sambung diploma memang sesuatu bagai mimpi sebab ramai gila kot budak pra dip yang dapat result gempak gempak.

Time nak cek keputusan tu aku xcek aku punya dulu . tepat pukul 3 aku terus cek kan atyn dengan audra punya. tapi time tu rupa rupanya aku salah cek aku ter"klik link lain pulak. Time kol 3 tu aku off fon sebab aku xboleh la orang sibuk sibuk tanya result aku nanti aku jadi gelabah. well you know what pakcik aku kan kerja uitm kuala pilah so die terus call aku tanya "Ema dapat course apa " aku pun cakap aku xcek lagi then die suruh bagi no i/c aku then aku pun bagi la , lepas tu dia cakap aku dapat segamat diploma pengurusan maklumat. time aku dapat Uitm segamat dalam hati aku harap harap la asyraf dapat uitm segamat jugak. Bila aku call asyraf dia tanakkk bagi tawu aku die dapat kos apa. then lelama aku call dia cakap dia dapat diploma banking kat segamat sama dengan umar. tapi aku xpercaya bila aku call umar, umar cakap asyraf dapat diploma in bisness management. hmmmm memang time tu aku terus call asyraf. memang menangis jugak aku time aku otp dengan dia time tu. hmmm geram kot dia tipu cakap segamat tapi dapat lendu

Aku bersyukur sangat dapat family yang ambik berat sangat dengan aku. thank mak sebab hadiahkan kaklong laptop. Thank paksu hadiahkan kasut sukan dan kasur untuk pergi kelas, Thanks pakwan hadiahkan external hardisk and Thanks to paklong aku jugak sebab hadiahkan powerbank. ya allah aku nampak sangat dieorang hargai dan berbangga bila aku berjaya dapat sambung diploma macam ni. aku akan berjanji dalam hidup aku , aku nak semua orang sekeliling aku dapat tengok aku pegang segulung ijazah dan pergi tengok aku konvokesyen nanti. i will did it. :)

Semalam datang rumah nenek. aku pun cakapla 'nenek ema dah nak sambung diploma ni. " lepas tu aku peluk and cium nenek. hmm time tu nenek sedih gila muka dia nak nangis aku. aku ni dah la jenis cepat keluar air mata then bila tengok nenek nangis lagi mengalir air mata aku. ya allah panjangkanlah umur nenekku, ibu bapaku. dan orang orang yang aku sayang agar dieorang boleh tengok aku berjaya nanti ya allah aku teringin nak dieorang tengok aku konvo nanti :(

tadi ayah cakap ema kalau asyraf xbantu kau dalam math mesti kau xdapat macam ni. hmmmm then ayah cakap jadikan asyraf sebagai pembakar semangat aku untuk berjaya. hmmm yeeee aku akan jadikan dia sebagai pembakar semangat nak berjaya sebenarnya aku dah nak hampir give up sebelum final tapi dengan izin allah pertemukan aku dengan dia , dia banyak tolong aku dalam pelajaran. aku hampir give up sampai dah register dah nak masuk kolej hmmm tapi bila aku fikirkan mak ayah aku. aku minta tolong asyraf ajar aku math sampai aku betul betul faham. asyraf ni dia jenis ikhlas ajar orang tu sebab semua yang belaja dengan die semua dapat result math gempak gempak .sesungguhnya pengorbanan dia kat aku banyak sangat. dia korbankan masa die dengan kawan kawan dia hanya untuk aku. hmmm xpelah munkin dengan kiteorang berbeza uitm ni aku xganggu masa terluang dia untuk die bersama kawan kwan dia. cukupla aku dah curi masa die sebelum ni untuk sama sama dengan kawan dia. hmm awak saya minta maaf . >_<

tipulah aku cakap kalau hati aku xmenangis. hati aku menangis xde seorang pun yang tawu aku berat nak tinggalkan family aku. aku berat nak tinggalkan asyraf aku berat nak tinggalkan kawan kawan rapat aku dekat lendu. tipulah aku cakap kalau aku xjeles tengok orang dapat lendu. tipulah aku cakap kalau aku xberat hati nak biarkan asyraf sorang sorang kat lendu tanpa aku di samping dia. tipulah kalau aku cakap aku boleh terima kenyataan yang aku jauh dari semua orang yang aku sayang. xpe insyaallah aku akan jadikan semua ni dugaan dan cabaran untuk aku berjaya aku sayang orang sekeliling aku. demi diploma aku akan hadiah dieorang kejayaan yang akan dapat membanggakan mereka.

Asyraf. awak saya sayang awak. walaupun kita jauh saya nak awak tawu yang hati saya xpernah berubah. walaupun awak busy saya cuba faham awak.walaupun awak busy saya faham awak busy sebab apa. sebab awak selalu cerita kat saya awak busy sebab apa . :) tapi dalam kesibukan awak mesti awak akan cari saya jugak. awak walaupun kita jauh jarak tu bukanlah faktor yang boleh memisahkan kita. awak saya sayang awak sangat. saya harap awak jadilah setia untuk saya. awak tawu kan saya dah banyak terluka before ni. awak tawu x saya sakit sangat awak before ni, terluka sangat tapi bila awak hadir dalam hidup saya. saya happy sangat sangat. saya bahagia couple dengan awak. sebab awak dah hilangkan luka dalam hati saya. seriously saya happy couple dengan awak. dengan izin allah saya harap oneday nanti saya dapat jadi isteri yang sah untuk awak. memang jodoh di tangan allah tapi sayang harap kita sama sama doakn hubungan kita akan kekal ke jinjang pelamin. saya xminta harta awak saya xminta semua kekayaan awak. saya hanya perlukan kasih sayang awak dan cinta awak untuk buat saya bahagia tu pun dah cukup.saya minta maaf kalau kadang kadang saya macam xfaham awak. kadang kadang saya xboleh kawal emosi saya yang jenis kuat tacing ni tapi saya nak awal tawu yang saya punya hati lembut seperti tisu tu sebab hati saya cepat tersentuh awak thanks sebab jadi bf saya , saya hargai sangat sangat. love u more muhammad asyraf bin muhamad asri :-*