Monday, 25 November 2013

welcome to Uitm segamat

Assalamualaikum to all my readers

semalam daftar masuk uitm segamat. semalam time daftar uitm memang ramai gila pelajar. hmm so semalam banyak gila dokumen yang kene ada time mendaftar. semalam memang serabut gila la. then semalam mak ayah balik pukul 8 malam. lepas dah dinner kat kfc mak ayah terus balik so sedih tu mesti ada dan aku tahan air mata aku je

hmmmmm hari ni start kelas tapi xbelajar sangat pun hari ni just perkenalkan diri je. so kat sini dapat sekelas dengan nurul wahidah exroomate aku kat uitm lendu dulu and dapat sekelas dengan diba exclassmate asyraf. so best jugak la ada kawan . walaupun mula mula agakk gelabah takut xde kawan kat sini. so today hari yang memenatkan dengan xtahu kelas kat mana then fakulti nya entah kat mana. aku ingat kan kat sini belajar ikut fakulti so rupa rupanya kat sini belajar ikut kelas yang telah die bagi. memang bersepah gila baqqq anggggg kelas aku. ada atas bukit atas kt tempat sana sini. errrrrrrrrrrrrrrrrrr memang kurus gua macam ni gua rasa

bila jauh ni seriously memang banyak cobaab kan. semalam time dah habis kemas bilik semua aku call asyraf so dia cakap "wei kat sini awek part1 cun cun laaa" aku pun geram je dengar. yelaaaaa lagi pun aku tawu sangat perangai boyfriends kesayangan aku tu. suka sangat buat aku jeles sentap bagai . aishhh muhammad asyraf ni macam macam perangai. dia dapat satu kelas dengan atyn so xdela aku rasa takut sangat sebab nanti atyn ada jadi spy aku hehehe. asyraf cakap "xde makne aku nak curang de sebab spy kau ramai kt sini " btw pokok pangkalnya kat hati dia kalau die sayang aku dan rasa aku masih wujud dalam hidup die , die xakan cari lain. lagi pun aku kenal sangat asyraf ni aku percaya die setia. harap harap betulla die setia aku xsanggup kot diduakan .

aku kat sini ramai cakap budak uitm segamat hensem bagai semua. hmmmm aku ni macam dah xde perasaan dah aku tengok. aku rasa macam uitm ni semua perempuan je. mata ni macam dah xnampak dah laki laki kat sini. ceyhhhhh. seriously rasa macam Lol okay ramai jugak budak kat sini. aku sayang kat asyraf. kalau aku cakap setia tu smapai bila bila aku setia. buat apa kita cple dengan someone tu then kita ada orang lain. xbaik kot . time couple ni la kita nak belajar setia supaya nanti dah kahwin senang dah xnampak orang lain dah. so bila couple ni belajar la jadi setia yaaa. xrugi pon. akalu kita sakitkan hati ornag nanti orang lain pulak sakitkan hati kita. so now aku tinggal berdoa hubungan aku dengan asyraf berkekalan dan berdoa agar dia dapat ajdi bakal siuami aku oneday nanti. insyaallah

now asyraf cakap aku dah lalui 3 test dah . hahahha. macam macam kan dia ni. yelahhhhhhhhhhh dia cakap dia nak test aku ni boleh ke x terima segala perangai dia. setakat ni aku rasa selesa dan okay je. bagus r jugak dia ni faham aku dan sayang aku semua tapi paling aku takut kalau die marah.hahahha :p aku sayang gila kot kat dia. kawan kawan aku cakap bila berjauhan ni memang banyak sangat dugaan so aku tabah dan lalui jela semua rintangan yang ada dalam hubungan kiteorang. hmmm siapa xjeles weyh kalau orang lain rapat ngan die. aku ni dah la kuat jeles orangnya tapi xpela asyraf pesan jangan fikir positif dan tolong fikir positif . aku memang tengah fikir positif je tapi aku cuma takut orang lain rampas die dari aku . ya allah ema dah dah jangan fikir bukan bukan lagi. kalau asyraf sayang dia akn tunggu dan setia okay

okay now hari hari wechat dengan atyn and audra rindu dekat dieorang hmmm rindu sangat. sedih sangat xdapat menggila dengan dieorang lagi. dieorang lah kawan kawan yang aku ada kat lendu tu. selalu g mana sama sama tidur sama sama and pergi mana semuanya sama sama. audra dengan atyn stay kat melaka so aku dengan sithai je tercampak jauh. kat sini aku bukan nampak sithai umar n zai semua pon sebab kolej kt sini jauh jauh. serious talk aku cakap penat weyh cnfrim kurus gua macam ni kaalu dok sini 3 tahun hahaha. nanti kalau dh smbung degree cnfrm kat sini lagi. aduiiiiiiiiiiiiii xpela sabar ema .

hmmmmmmm now nak merehatkan segala badan yang penat so k bye love u my family, muhammad asyraf dan to others bestfriends

Sunday, 17 November 2013

thanks allah :)

Assalamualaikum to all my readers thanks for lend your eyes while read my blog.

Alhamdullillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya aku dapat sambung diploma pengurusan maklumat di uitm segamat johor. memang tidak dinafikan bila dapat sambung diploma memang sesuatu bagai mimpi sebab ramai gila kot budak pra dip yang dapat result gempak gempak.

Time nak cek keputusan tu aku xcek aku punya dulu . tepat pukul 3 aku terus cek kan atyn dengan audra punya. tapi time tu rupa rupanya aku salah cek aku ter"klik link lain pulak. Time kol 3 tu aku off fon sebab aku xboleh la orang sibuk sibuk tanya result aku nanti aku jadi gelabah. well you know what pakcik aku kan kerja uitm kuala pilah so die terus call aku tanya "Ema dapat course apa " aku pun cakap aku xcek lagi then die suruh bagi no i/c aku then aku pun bagi la , lepas tu dia cakap aku dapat segamat diploma pengurusan maklumat. time aku dapat Uitm segamat dalam hati aku harap harap la asyraf dapat uitm segamat jugak. Bila aku call asyraf dia tanakkk bagi tawu aku die dapat kos apa. then lelama aku call dia cakap dia dapat diploma banking kat segamat sama dengan umar. tapi aku xpercaya bila aku call umar, umar cakap asyraf dapat diploma in bisness management. hmmmm memang time tu aku terus call asyraf. memang menangis jugak aku time aku otp dengan dia time tu. hmmm geram kot dia tipu cakap segamat tapi dapat lendu

Aku bersyukur sangat dapat family yang ambik berat sangat dengan aku. thank mak sebab hadiahkan kaklong laptop. Thank paksu hadiahkan kasut sukan dan kasur untuk pergi kelas, Thanks pakwan hadiahkan external hardisk and Thanks to paklong aku jugak sebab hadiahkan powerbank. ya allah aku nampak sangat dieorang hargai dan berbangga bila aku berjaya dapat sambung diploma macam ni. aku akan berjanji dalam hidup aku , aku nak semua orang sekeliling aku dapat tengok aku pegang segulung ijazah dan pergi tengok aku konvokesyen nanti. i will did it. :)

Semalam datang rumah nenek. aku pun cakapla 'nenek ema dah nak sambung diploma ni. " lepas tu aku peluk and cium nenek. hmm time tu nenek sedih gila muka dia nak nangis aku. aku ni dah la jenis cepat keluar air mata then bila tengok nenek nangis lagi mengalir air mata aku. ya allah panjangkanlah umur nenekku, ibu bapaku. dan orang orang yang aku sayang agar dieorang boleh tengok aku berjaya nanti ya allah aku teringin nak dieorang tengok aku konvo nanti :(

tadi ayah cakap ema kalau asyraf xbantu kau dalam math mesti kau xdapat macam ni. hmmmm then ayah cakap jadikan asyraf sebagai pembakar semangat aku untuk berjaya. hmmm yeeee aku akan jadikan dia sebagai pembakar semangat nak berjaya sebenarnya aku dah nak hampir give up sebelum final tapi dengan izin allah pertemukan aku dengan dia , dia banyak tolong aku dalam pelajaran. aku hampir give up sampai dah register dah nak masuk kolej hmmm tapi bila aku fikirkan mak ayah aku. aku minta tolong asyraf ajar aku math sampai aku betul betul faham. asyraf ni dia jenis ikhlas ajar orang tu sebab semua yang belaja dengan die semua dapat result math gempak gempak .sesungguhnya pengorbanan dia kat aku banyak sangat. dia korbankan masa die dengan kawan kawan dia hanya untuk aku. hmmm xpelah munkin dengan kiteorang berbeza uitm ni aku xganggu masa terluang dia untuk die bersama kawan kwan dia. cukupla aku dah curi masa die sebelum ni untuk sama sama dengan kawan dia. hmm awak saya minta maaf . >_<

tipulah aku cakap kalau hati aku xmenangis. hati aku menangis xde seorang pun yang tawu aku berat nak tinggalkan family aku. aku berat nak tinggalkan asyraf aku berat nak tinggalkan kawan kawan rapat aku dekat lendu. tipulah aku cakap kalau aku xjeles tengok orang dapat lendu. tipulah aku cakap kalau aku xberat hati nak biarkan asyraf sorang sorang kat lendu tanpa aku di samping dia. tipulah kalau aku cakap aku boleh terima kenyataan yang aku jauh dari semua orang yang aku sayang. xpe insyaallah aku akan jadikan semua ni dugaan dan cabaran untuk aku berjaya aku sayang orang sekeliling aku. demi diploma aku akan hadiah dieorang kejayaan yang akan dapat membanggakan mereka.

Asyraf. awak saya sayang awak. walaupun kita jauh saya nak awak tawu yang hati saya xpernah berubah. walaupun awak busy saya cuba faham awak.walaupun awak busy saya faham awak busy sebab apa. sebab awak selalu cerita kat saya awak busy sebab apa . :) tapi dalam kesibukan awak mesti awak akan cari saya jugak. awak walaupun kita jauh jarak tu bukanlah faktor yang boleh memisahkan kita. awak saya sayang awak sangat. saya harap awak jadilah setia untuk saya. awak tawu kan saya dah banyak terluka before ni. awak tawu x saya sakit sangat awak before ni, terluka sangat tapi bila awak hadir dalam hidup saya. saya happy sangat sangat. saya bahagia couple dengan awak. sebab awak dah hilangkan luka dalam hati saya. seriously saya happy couple dengan awak. dengan izin allah saya harap oneday nanti saya dapat jadi isteri yang sah untuk awak. memang jodoh di tangan allah tapi sayang harap kita sama sama doakn hubungan kita akan kekal ke jinjang pelamin. saya xminta harta awak saya xminta semua kekayaan awak. saya hanya perlukan kasih sayang awak dan cinta awak untuk buat saya bahagia tu pun dah cukup.saya minta maaf kalau kadang kadang saya macam xfaham awak. kadang kadang saya xboleh kawal emosi saya yang jenis kuat tacing ni tapi saya nak awal tawu yang saya punya hati lembut seperti tisu tu sebab hati saya cepat tersentuh awak thanks sebab jadi bf saya , saya hargai sangat sangat. love u more muhammad asyraf bin muhamad asri :-*

Sunday, 10 November 2013

rindu bie ):

Asalamualaikum to all my readers thanks for lend your eyes while read my blog.

 Minggu ni seriously xtahu kenapa asyik lemau je. hmmm tulah ema degil sangat makan ubat tanak. Nak sangat sihat secara normal kan. hari ni entah berapa kali la aku terbersin. Huh! sakit hidung gua. Tadi balik daripada kelas Pra L memang xlarat langsung, balik tukar baju terus tidur. nak bangun pun susah dah la xmakan daripada pagi. tadi try makan hanya mampu makan 2 sudu je. then terus buang nasi. see membazir je ambik nasi then xhabis. hmmmm bukan xnak makan tapi dah xde selera , aku kalau sakit memang susah sangat nak makan nasi dan ubat :) minggu ni dah la sakit tekak so aku tengahari je minum air coke hmmm seee degil kan.

Today pergi kelas Pra-L kereta. Pagi tadi bangun je terus iron baju then mandi  lepas dah siap kejut ayah then ayah hanta pergi kelas memandu, hmmm not bad jugak la ceramah hari ni, best la jugak ceramah 6 jam . so habis ceramah tadi die bagi kan setiap pelajar dengan tenaga pelajar so aku dapat cikgu Azrul. so aku bincang dengan die yang aku nak belajar kereta bulan 4 sebab sekarang dah xsempat lagi, mana sempat nak belajar sekarang. hmmmmm nevermind yang penting cikgu tu dah uruskan segala jadual aku untuk belajar driving bulan 4 nanti. :)

tadi ayah cakap kat mak "Rus tengok anak awak ni suka sangat bermanja dengan abang nana xmacam ni pun " hmmmmmm ayh ni suka tau cakap cmtu bila aku nak bermanja dengan beliau hehehe aku dah memang suka bermanja dengan mak ngan ayah. nak buat macam, mana .ayah pernah tanya kenapa manja sangat. so aku jawab. selagi mak ayah ada laaa kaklong boleh bermanja dengan mak dengan ayah. then ayah senyum. hmm yelah aku ni memang manja gila. nak malu buat apa. nak ejek pun ejek la. orang yang ejek tulah xreti menghargai mak ayah dieorang. Kalau dekat asrama atau Uitm Lendu setiap hari aku akan call mak dengan ayah. cakap rindu la sume la. hihihi aku ni kalau duduk jauh sikit dengan orang yang aku sayang mesti rasa rindu je. Rindu adalah sesuatu perasaan yang tak dapat digambarkan okay ketika orang yang kita sayang xde dengan kita

Malam tadi tetibe mimpi Asyraf. hmmm mimpi tu sebijik time macam aku curi curi pandang die dulu lepas tu dalam mimpi tu aku ada panggil die "acap comel " hehehehe. ingat lagi time sebelum couple. aku suka panggil die dengan nama tu. tapi sekarang mana ada lagi sebab dia cakap die xsuka orang panggil die macam tu .Aishhhhhhhhh kalau la die xusha aku dulu mesti aku xcple dengan die skunk. Indahnya la waktu before couple dulu. Kalau dalam bas mesti nampak dia dengan kawan kawan then aku selalu sangat nampak dia kat kpp3 pun sama. nak tegur kadang kadang malu jugak. tapi bila tengok die senyum ya allah melting aku.Bila aku tegur dia mesti dia akan tegur aku balik lepas tu senyum senyum ei ei ei ei ei sweet okay >_< hmmm xsangka la dia jadi bf aku sekarang, aduhai jodoh munkin allah satukan aku dengan die sebab allah tahu aku ada hati kat dia. hmm :) Bila otp dengan Asyuraf mesti die suka cakp *tumbuk karang * aku kadang kadang bila dengar die cakap macam tu rasa macam happy je hahaha. rasa nak gelak pun ada sebab sweet jugak dia ni. kadang kadang aku rasa aku ni banyak sangat menyakitkan hati dia. hmmmm entahla aku ni kuat sangat merapu tapi Asyraf sabar je. sian dia dapat gf suka merapu macam aku ni hmmm. sabar okay sabar . Asyraf selalu test aku kan so aku nak test die jugak. dia cakap kalau aku kahwin dengan die aku kene terima segalanyakan. so aku pun nak test die jugak. die boleh x terima aku seadanya macam aku terima die. hmmm munkin sekarang aku masih belum cukup sempurna untuk jadi gf yang perfect untuk die tapi aku akan cuba untuk jadi orang yang boleh jaga hati dia dan setia kat die. cukupla sekadar cinta, kasih sayang dan kejujuran . kalau ada jodoh harap allah satukan kiteorang kat jinjang pelamin . now yang penting bersabr dengan perangai each othewr kalau xsabar macam mana nak hidup berumah tangga nanti hihihi. :)

Dear bie. i miss you so much. rindu sangat dah lama xjumpa kan kan kan kalau x mesti kita asyik berdua je kat uitm tu. hmmm muhammad Asyraf bin muhamad asri i love you bie. Thanks sebab masih jadi bf syg dan thank sebab selalu sabar dengan perangai syg yg degil ni :-* muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :-*





Sunday, 3 November 2013

monthsarry :*

Asalamualaikum to all my readers . Today 4.11.2013 . :) happy monthsarry Muhammad Asyraf bin Muhamad Asri. Thanks sebab masih setia menjadi kekasih hati saya, i love you more ane more bie. hope jodoh kita berpanjangan.

Malam tadi ada perlawanan bola sepak so aku malas nakl text dulu, malas nak ganggu bie aku tengah tengok bola, so aku pun join ayah tengok bola kelantan lawan pahang. lepas dah habis perlawanan sepak tu Asyraf call cakap nak tidur, hmm mula mula aku sedih jiugak sebab aku ingat dia lupa n tanakkkk wish montsarry kiteorang then bila dia cakap die nak tidur tu aku bagi jela dia tido. Then pukul 12.00 tepat aku hantar text wish kat dia. then lepastu die pulak wish kat aku, awwwwwwwwww so sweet , sweeet sangat wish dia untuk kali ni, terharu okay, macam orang gilosss aku senyum malam tadi. Then dia call cakap dia menang lagi kali ni sebab die wish dulu, lepastu aku cakap la yang aku menang tapi die nak menang jugak, aishhh sabar jela xpelah aku bagi jela die menangkan. :) bulan lepas kiteorang wish pakai recording sound dekat whatsapp tu pun sweet jugak, sebab suara die buatkan aku cair je, aduiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

minggu ni hari jumaat result keluar, so aku minggu ni seriously fikiran xtenang serabut tidur xlena bagai sebab memikirkan tentang result final exam. pagi tu semua orang dah marah dah sebab aku xcek pukul 12.00 pagi time tu, then lepas solat subuh aku terus bukak gmail, then see 3.03 :) alhamdullillah sebab aku target 2.50 macam tu je aku xnak target banyak banyak before ni sebab takut xdapat je, tapi akhirnyue melepasi target aku, dan yang paling aku suka bila math dapat B . hmm yelah aku xpandai sangat math, berkat ilmu yang aku tuntut dari kekasih hati setiap hari then ni lah hasilnya aku lulus math dan result. thanks to kekasih hati yang dicintai setiap hari pagi, petang siang malam meluangkan masa ajar aku kat library, thanks sebab banyak bagi tunjuk ajar tip tip untuk math tanpa bie mesti syg xdapat macam ni. ni lah bf yang bagus sambil dating sambil ajar math. hihihi.Aku memang rasa nak nangis gila sebab dapat lulus math aku terfikir jugak kalau asyraf xde mesti aku xkan jadi macam ni, dialah antara orang yang paling banyak bagi support kat aku untuk tidak berputus asa study math, pagi2 bangun pergi library hihi then memalam lepas dinner sesama kiteorang study sampai pukul 12 then balik dari library dia hantarkan aku kat kolej tun ali,

alhamdulllillah kawan kawan aku semua lulus, hmmmm harap dapat satu uitm dengan dieorang lagi walaupun berbeza course, untuk sem 1 asyraf ajak batting untuk pointer hmmm aku pun aduhhhhhhhh takut la hihihihi aku xpandai la macam dia, dia boleh la pandai. xpela kalau rajin usaha mesti lebih apa yang kita dapat

semalam dengar ceramah kalau dah jodoh hihihih. dia cakap perempuan memang seorang yang kuat bertanaya dan akan tanya banyak kali soalan yang sama. so lelaki jangan lah mengeluh kalau perempuan tanya soalan yang sama setiap hari kerana kata kata cinta dan ungkapan kasih sayang daripada orang yang dia sayang akan membuatkan perasaan kasih sayang itu semakin bercambah. so lelaki ungkapkanlah ungkapan i love u atau saya sayangkan awak setiap hari kerana perempuan ingin di belai dengan perasaan cinta dan kasih sayang dari orang yang dia sayang. Perempuan sebenarnya seorang yang sentiasa di belengu dengan pelbagai pertanyaan di dalam hati dan fikiranya. so setiap apa yang di tanya oleh wanita dan di jawab oleh lelaki itu, maka perempuan tidak akan tertanya tanya lagi. so the end jangan mengeluh dengan apa saja persoalan yang di tanya just jawab je 

i love you muhammad asyraf. :)